Make your own free website on Tripod.com

cikgusoopic.gif (5410 bytes)
birdline.gif (1006 bytes)

BUAH-BUAHAN TEMPATAN

            Negara kita banyak mengeluarkan buah-buahan tempatan. Buah-buahan ini ada yang bermusim ,iaitu seperti buah durian ,langsat ,duku, cempedak dan rambutan .Buah-buahan yang tidak bermusim ialah pisang ,tembikai ,betik, nenas ,belimbing dan lain-lain lagi .

            Buah-buahan tempatan sangat disukai oleh orang ramai .Harganya jauh lebih murah berbanding dengan buah-buahan import seperti buah epal oren dan anggur .Buah-buahan tempatan mengandungi banyak zat yang berguna untuk kesihatan badan.Oleh itu kita patutlah banyak makan buah-buahan tempatan .

            Di negara kita ,ramai pekebun mengusahakan dusun .Pekerjaan ini mendatangkan keuntungan yang lumayan untuk mereka .Buah-buahan seperti pisang,belimbing dan tembikai juga dieksport ke luar negeri .Nenas dan rambutan juga boleh dijadikan makanan tin.

            Kita menang bertuah berada di Malaysia ini.Kita dapat menikmati buah-buahan yang sedap-sedap dalam sepanjang tahun .


backani.gif (9686 bytes)