Make your own free website on Tripod.com

cikgusoopic.gif (5410 bytes)
birdline.gif (1006 bytes)

Guru Yang Paling Saya Hormati

        Saya adalah murid darjah 6B. Ramai guru yang mengajar kami. Di antara guru-guru ini, guru yang paling saya hormati ialah Cikgu Soo.

        Cikgu Soo adalah seorang guru lelaki yang berumur lebih kurang 25 tahun. Dia mengajar kami Bahasa Melayu. Dia tidak pernah menunjukkan muka garang di dalam bilik darjah. Dia mengajar kami dengan penuh sabar. Oleh sebab itu semua murid berminat dalam pelajaran Bahasa Melayu.

        Apabila kami menghadapi masalah dalam pelajaran, Cikgu Soo akan menolong kami tanpa sebarang rungutan. Dia tidak pernah mendenda murid yang lemah dalam pelajaran. Sebaliknya, dia akan menasihatkan murid yang lemah itu supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Di bawah bimbingan Cikgu Soo, kami mendapat markah yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

        Semua murid sayang dan hormat kepada Cikgu Soo, sebab dia adalah seorang guru yang peramah dan bertimbangrasa.