Make your own free website on Tripod.com

cikgusoopic.gif (5410 bytes)
birdline.gif (1006 bytes)

Sambutan Hari Guru

        Hari Guru jatuh pada 16hb Mei tiap-tiap tahun. Inilah hari khas unuk murid-murid menyatakan penghargaan dan memberi hormat kepada guru-guru. Sekolah saya juga mengadakan sambutan Hari Guru.

        Pada hari itu, kami memberi hadiah-hadiah kepada guru. Hadiah-hadiah itu ialah seperti bunga, kad  ucap selamat untuk guru, buku dan lain-lain lagi. Kami juga menyediakan jamuan teh di dalam kelas masing-masing untuk menjamu guru-guru.

        Kami juga mengadakan persembahan pentas untuk guru-guru di dewan sekolah. Acara-acara dalam persembahan termasuk nyanyian, tarian, lakonan dan sebagainya. Di samping itu, kami juga mengadakan pertantingan permainan antara murid dengan guru-guru. Tujuannya ialah untuk mempereratkan hubungan guru dan murid. Suasana pada Hari Guru sungguh meriah.

        Hari Guru adalah hari yang bermakna bagi kita semua. Jasa guru dalam mendidik dan membimbing murid wajarlah dikenang buat selama-selamanya.

กก