Make your own free website on Tripod.com

cikgusoopic.gif (5410 bytes)
birdline.gif (1006 bytes)

Kantin Di Sekolah Saya

           Apabila loceng berbunyi untuk masa rehat,  murid-murid pun pergi ke kantin sekolah. Bermacam-macam makanan ada dijual di kantin. Ada laksa,  migoreng, nasi lemak, roti, kuih-muih, dan lain-lain lagi.

          Di kantin, murid-murid berebut-rebut membeli makanan dan minuman.  Beberapa orang pengawas sedang bertugas di kantin. Mereka mengarah murid-murid supaya beratur.

          Setelah mendapatan makanan dan minuman,  murid-murid pun duduk dan makan di banggu panjang. Suasana di kantin riuh-rendah disebabkan suara murid berbuai-bual sambil makan dan minum.

           Dua puluh minit kemudian, loceng berbunyi lagi. Murid-murid pun cepat-cepat meninggalkan kantin untuk masuk ke kelas masing-masing. Pekerja-pekerja di kantin mula sibuk mengemaskan pingan mangkok yang bertaburan di atas meja.

            Saya suka membeli makanan di kantin sekolah.  Makanan yang dijual di situ murah. Keadaan di kantin pun sentiasa bersih dan kemas.

กก