cikgusoopic.gif (5410 bytes)
birdline.gif (1006 bytes)

Seorang Murid Yang Malas

          Semua murid di dalam kelas saya rajin belajar, kecuali Yun Ming. Murid-murid tidak suka bercampur dengan dia sebab dia malas. Guru-guru selalu memarahinya tetapi dia tidak juga berubah sikap.

          Yun Ming malas membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru-guru. Dia suka menyalin kerja murid-murid yang lain. Oleh itu dia selalu gagal dalam ujian. Yun Ming juga sering datang lewat ke sekolah.

           Setelah pulang dari sekolah, Yun Ming asyik bermain sahaja. Dia bermain dengan budak -budak nakal.  Dia tidak pernah mengulangkaji pelajaran yang telah diajar oleh guru-guru.

       Disebabkan sikap Yun Ming yang malas, dia dibenci oleh murid-murid sedarjah dan guru-guru yang mengajarnya. Saya berharap dia akan berubah sikap dan menjadi seorang murid yang rajin.