Make your own free website on Tripod.com

cikgusoopic.gif (5410 bytes)
birdline.gif (1006 bytes)

MELAWAT KE MUZIUM NEGARA

            Pada cuti penggal yang lalu, bapa telah membawa kami pergi melawat ke Muzium Negara. Kami bertolak dari Seremban dengan kereta yang dipandu oleh bapa.

            Pada pukul 11.00 pagi kami pun tiba di Muzium Negara. Di luar bangunan muzium terdapat sebuah kolam air pancut. Ramai pelancong bersiar-siar di situ. Kemudian kami pun masuk ke dalam muzium.

            Kami dapat melihat barang -barang purba yang dipamerkan. Barang-barang itu adalah seperti senjata, pakaian tradisi, keris, barang-barang tembaga, gambar-gambar bersejarah dan lain-lain lagi. Kami juga dapat menyaksikan tradisi perkahwinan orang Melayu dan orang Cina.

            Di dalam muzium itu, kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Kami berjalan-jalan sambil melihat satu demi satu barang purba yang dipamerkan. Dari lawatan itu, kami mendapat banyak pengetahuan tentang kehidupan manusia pada zaman silam.


backani.gif (9686 bytes)