cikgusoopic.gif (5410 bytes)
birdline.gif (1006 bytes)

MENOLONG ORANG TUA MELINTAS JALAN RAYA

        Setelah sekolah bersurai,Jasin pun menunggu bas untuk pulang ke rumah.Pada masa itu keadaan lalulintas di jalan raya itu sangat sibuk. Kenderaan-kenderaan di situ bertali arus.

        Ketika itu Jasin nampak seorang lelaki tua berdiri di tepi jalan raya. Orang tua itu memandang ke kiri dan ke kanan untuk melintas.Tetapi malangnya, kenderaan-kendaraan berulang-alik di situ tanpa berhenti-henti. Dia kelihatan agak penat dan lemah. Dia tidak berani melintas sebab penglihatannya kurang baik dan dia tidak boleh berjalan cepat.

        Melihat keadaan ini, Jasin pun berjalan menghampirinya.Dia ingin menolong orang tua itu melintas jalan raya.Jasin memapah dan membimbang tangan orang tua itu untuk membawahnya ke sebarang jalan raya.Selepasitu, orang tua itu tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada Jasin.

        Jasin berasa amat gembira kerana dapat menolong seorang tua yang sangat memerlukan pertolongan.


backani.gif (9686 bytes)