Make your own free website on Tripod.com

cikgusoopic.gif (5410 bytes)
birdline.gif (1006 bytes)

Pesta Pasaria Di Sekolah Saya

        Sekolah saya telah mengadakan pesta pasaria pada minggu yang lalu. Tujuannya ialah untuk  mengutip wang bagi kebajikan murid-murid. Buku kupon berharga dua ringgit sebuah telah dijual kepada murid-murid dan guru-guru.

        Awai pagi pada hari pesta pasaria, murid-murid sudah tiba di sekolah .Mereka sibuk menyediakan makanan dan minuman untuk dijuai. Bilik-bilik darjah yang digunakan sebagai gerai telah dihiasi dengan eloknya.

        Pesta pasaria bermula pada pukul 10.00pagi. Ramai murid mengunjungi gerai-gerai untuk membeli makanan dan minuman. Guru-guru juga membeli makanan dari gerai-gerai itu. Makanan dan minuman yang dijual ialah karipap, mi goreng, rojak, nasi lemak, kuih-muih, laksa, air mata kucing, air limau, air oren, dan lain-lain lagi.

        Pada pukul 12.00 tengah hari , semua makanan dan minuman pun sudah habis dijual. Murid-murid lalu membersihkan gerai-gerai masing-masing.