Make your own free website on Tripod.com

cikgusoopic.gif (5410 bytes)
birdline.gif (1006 bytes)
PEMANDANGAN DI PERHENTIAN BAS

            Pada masa cuti sekolah , saya telah pergi menziarahi kawan saya di Kuala Lumpur . Saya menunggu bas di Perhentian Bas Seremban pada pukul 10.00 pagi .

            Di perhentian bas ada banyak bas . Bas-bas itu ada yang pergi Melaka , Tampin ,Jelebu dan tempat-tempat lain . Udara di situ amat kotor disebabkan oleh asap yang keluar dari bas . Di situ ada penjaja India sedang menjual kacang putih .Terdapat juga penjaja-penjaja yang menjaja minuman dalam beg plastik . Mereka berjalan mundar-mandir di situ . Jualan mereka sangat laku sebab cuaca panas .

            Ramai orang datang berduyun-duyun untuk menaiki bas . Mereka membawa beg-beg di tangan masing-masing . Apabila bas yang ditunggu-tunggu itu datang , mereka pun berebut-rebut menaiki bas itu . Biasanya pada masa ini pencopet akan mengambil peluang mencopet dompet orang ramai .

            Dua puluh minit kemudian , bas ekspres yang saya tunggu itu pun tibalah . Saya beratur untuk naik ke dalam bas .


backani.gif (9686 bytes)