cikgusoopic.gif (5410 bytes)
birdline.gif (1006 bytes)

Perhimpunan Sekolah

          Sekolah saya mengadakan perhimpunan pada setiap hari Isnin. Apabila loceng berbunyi pada pukul 7.45 pagi, semua murid pun berkumpul di padang sekolah.

          Mulanya, murid-murid menyanyi Lagu Kebangsaan. Serentak dengan itu,  Bendera Malaysia pun dinaikkan oleh seorang pengawas. Murid-murid juga menyanyi Lagu Malaysia Berjaya. Selepas itu Guru Besar pun membeli ucapan . Dalam ucapan, Guru Besar menggalakkan murid-muria supaya rajin belajar dan mengamalkan disiplin yang baik di sekolah.

          Kemudian guru bertugas akan membuat pengumuman tentang aktiviti persatuan, kebersihan sekolah, dan lain-lain lagi. Semasa perhimpunan diadakan, semua murid senyap dan memasang telinga pada perkara-perkara yang disampaikan oleh guru-guru.

          Sebelum perhimpunan ditamatkan, murid-murid menyanyi Lagu Sekolah. Selepas itu murid-murid pun masuk ke kelas masing-masing secara teratur dengan diawasi oleh pengawas-pengawas.