Make your own free website on Tripod.com

cikgusoopic.gif (5410 bytes)
birdline.gif (1006 bytes)
PERMAINAN YANG PALING SAYA SUKAI

            Pada masa lapang saya bermain badminton , bola tampar ,bola keranjang, dan ping-pong . Di antara permainan-permainan ini , permainan yang paling saya sukai ialah badminton .

            Pada waktu petang , saya selalu mengajak kawan- kawan saya bermain badminton.Kami bermain badminton di sebuah gelanggang badminton yang tidak jauh dari rumah saya .Biasanya kami bermain cara perseorangan . Kadang-kadang kami juga bermain cara bergu .

            Saya suka menyaksikan pertandingan badminton . Kejohanan Badminton Piala Thomas sungguh hebat dan menarik . Saya telah dipilih sebagai pemain pasukan badminton di sekolah saya . Saya pernah mewakili pasukan badminton sekolah untuk menyertai pertandingan badminton antara sekolah-sekolah rendah peringkat negeri.

            Bermain badminton boleh menyihatkan badan saya .Permainan ini juga melatih otak saya menjadi lebih cergas . Oleh sebab ini saya paling suka bermain badminton.


backani.gif (9686 bytes)