cikgusoopic.gif (5410 bytes)
birdline.gif (1006 bytes)

Perpustakaan Di Sekolah Saya

        Di sekolah ada sebuah perpustakaan. Di dalam perpustakaan ada suratkhabar, majalah, buku cerita, buku rujukan dan sebagainya. Semua buku ini disimpan di rak buku dengan rapi.

        Pada masa rehat, ramai murid membaca di perpustakaan. Mereka juga meminjam buku yang mereka minati. Buku yang dipinjam mesti dikembalikan dalam tempoh dua minggu. Murid-murid juga dibenarkan membuat kerja sekolah atau mengulangkaji pelajaran di dalam perpustakaan.

        Murid-murid yang menggunakan perpustakaan hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang tertentu. Mereka mesti senyap semasa berada di perpustakaan, supaya tidak mengganggu orang lain yang sedang membaca.

        Ada beberapa orang murid bertugas di perpustakaan. Tugas mereka yang utama ialah mendaftarkan nama buku-buku yang dipinjam oleh murid-murid.

        Saya selalu mengunjungi perpustakaan sekolah. Di situ saya membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan.