cikgusoopic.gif (5410 bytes)
birdline.gif (1006 bytes)

Suatu Hari Saya Sakit

        Pada suatu pagi, saya terasa pening kepala dan seluruh badan saya panas sangat. Saya telah mengidap penyakit demam.                                                                                  

        Lepas makan sarapan, emak pun membawa saya pergi berjumpa doktor. Doktor memeriksa saya dengan teliti. Dia mengatakan bahawa saya sakit kerongkong.

        Setelah makan tengah hari, saya pun makan ubat-ubat yang diberi oleh doktor. Kemudian saya berbaring di atas katil lalu terlena. Ketika saya terjaga dari tidur, saya terasa panas badan sudah hilang dan sakit kerongkong pun kurang.

        Pada sebelah petang, beberapa orang rakan sedarjah saya telah datang mengunjungi saya. Mereka ialah Su Heng, Yong Hua, Kek Kiong dan Mei Ling. Saya berasa amat gembira kerana boleh bercakap-cakap dengan mereka.

        Saya berharap saya akan cepat sembuh dan balik semula ke sekolah.

กก