Make your own free website on Tripod.com

cikgusoopic.gif (5410 bytes)
birdline.gif (1006 bytes)

DI TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK

            Pada suatu hari Ahad, bapa telah membawa saya dan adik-adik pergi berkelah di taman permainan kanak-kanak. Emak menydiakan bekal dan minuman untuk dibawa bersama. Kami bertolak pada pukul 9.00 pagi dengan kereka bapa.

            Di taman permainan kanak-kanak itu, ramai kanak-kanak sedang bermain-main. Emak meletakkan barang-barang di bawah sebatang pokok yang rendang. Bapa duduk di bangku batu membaca suratkhabar.

            Adik lelaki saya suka bermain papan gelunsur. Adik perempuan saya suka bermain buaian. Kami juga bermain papan jongkang-jongkit Lepas itu kami bermain bola dan berkejar-kejaran di atas rumput yang hijau.

            Bila sudah penat bermain, kami pun berehat sebentar. Kami makan nasi lemak, kuih, telur rebus dan buah tembikai. Kami makan sambil berbual-bual. Sungguh seronok berkeloah di situ.

            Kira-kira pada pukul 11.00 pagi, cuaca bertambah panas. Kami pun mengemaskan barang-barang untuk pulang.


backani.gif (9686 bytes)