cikgusoopic.gif (5410 bytes)
birdline.gif (1006 bytes)
MELAWAT KE ZOO NEGARA

            Pada cuti penggal sekolah yang lepas, guru darjah kami telah mengadaka rombongan lawatan ke ZooNegara. Kami bertolak dengan menaiki bas sewa khas. Kami tiba di situ pada pukul 10.00pagi.

            Kawasan di Zoo Negara sangat luas. Kami berjalan-jalan sambil melihat-lihat binatang-binatang yang ada di situ. Kami dapat melihat orang hutan monyet, gajah, kuda, zirafah, buaya, badak, harimau, singa dan lain-lain lagi.

            Setelah penat berjalan dan melihat, kami pun berehat sebentar. Kami membeli minuman yang ada dijual di dalam zoo untuk menghilangkan dahaga lepas itu kami pergi menyaksikan pertunjukan olah orang hutan dan burung kakaktua.

            Pada pukul 4.00 petang, kami pun pulang. Saya berasa amat gembira sebat dapat melihat dengan mata sendiri binatang-binatang yang dahulunya hanya dapat saya lihat dalam gambar sahaja.


backani.gif (9686 bytes)