cikgusoopic.gif (5410 bytes)
birdline.gif (1006 bytes)

Saya Sebuah Kamus

        Saya adalah sebuah kamus Bahasa Malaysia. Tebal saya ialah 500 halaman. Saya dipamerkan di sebuah kedai buku. Harga saya ialah lima ringgit.

        Pada suatu petang, seorang murid masuk ke dalam kedai buku. Dia sedang mencari-cari di rak buku di mana saya dan kawan-kawan lain dipamerkan. Nampaknya dia hendak membeli sebuah kumat. Tiba-tiba dia mengambil saya dari rak buku. Dia membelek-belek saya buat seketika. Akhirnya dia pun membeli saya dari kedai buku itu.

        Murid itu membalutsaya dengen kertas plastik. Sejak hari itu dia pun selalu menggunakan saya.  Apabila dia tidak faham sesuatu perkataan, dia pun merujuk kepada saya untuk mendapat makna   perkataan itu.

    Dia sangat sayang kepa saya. Dia menyimpan saya dalam beg bukunya. Dia membawa saya ke sekolah tiap-tiap hari. Saya berasa bangga kerana dapat berkhidmat kepada murid yang rajin itu.